Tuesday, March 24, 2009

Segmen Panjang Akal

Kalau akal panjang, fikirkankan dan jawablah teka-teki ini...

1) Dalam satu tahun ada berapa hari ?

2) Dalam satu tahun, bulan apakah yang ada 28 hari ?

3) Banyak-banyak buah, buah apakah yang apabila gugur ia tidak jatuh ke tanah ?

Jawab....jangan tak jawab....

Wednesday, March 18, 2009

Aku dan masa depan 2

kesinambungan daripada yang pertama...hanya satu cara aku nak pujuk mak aku...ye la, aku redha kalau mak aku tak lepaskan aku bekerja di negeri orang tapi aku harap mak aku tak halang niat aku yang satu ni...aku nak sambung belajar...means i want to do my master InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan. Lepas grad daripada degree ni, aku nak duduk rumah dulu,at least 6 bulan nak rehat jap, sambil2 cari rezeki jual kuih dengan mak aku, kumpul duit sikit. then ada rezeki, aku nak sambung belajar dalam bidang penyiaran jugak tapi bukan teknikal, aku nak ambik yang teori pulak. Dah penat buat teknikal. Mak aku pun tanya la, berapa tahun? aku kata 2 tahun. 2 tahun tak lama mak oi...aku harap dia lepaskan aku nak sambung.

Monday, March 16, 2009

Aku dan masa depan...

Agak-agaknya, aku kerja apa nanti??? soalan yang selalu berputar dan melayang dalam kepala otakku. Sudah pasti soalan itu juga berlegar dalam kepala setiap manusia normal. Bukan aku saja. Semakin usiaku meningkat, semakin itulah dadaku sesak memikirkan soal masa depan. Bukan kerana tidak sanggup menempuhnya, tetapi persoalan apakah mampu untuk aku menggapai cita-citaku. Mak aku pun dok risau je. Dia sendiri pun terfikir, takut pulak aku ni tak dapat kerja tetap. Aku tanya dia balik, Kenapa pulak? then, dia jawab...'ye la, belajar kat universiti course macam tak serupa orang. Lain sangat. Memang, dalam 10 orang adik-beradik aku, memang aku sorang la yang minat broadcasting or arts. Ada la sorang abg aku, dia minat muzik tapi tak la jadi orang muzik or orang seni. Jadi cikgu muzik. Itu pun yang dulu punya, sekarang cikgu BM and Math. Kakak aku pulak suka nyanyi, tapi nyanyi suka-suka je la, ada event dia involve. Bila dia kata nak try masuk AF mak aku tak izinkan. Mak aku tak suka nak dia kerja yang seolah-olah kejar glamer. Kalau glamer dalam bidang profesional takpe jugak. Sebab tu la aku nak belajar jadi orang tv yang profesional, bukan sebab nak glamer. Cuma satu yang mak aku masih susah nak terima. Bila aku kata, aku nak kerja luar dari Sarawak means aku nak merantau le...mak aku diam je. Sampai sekarang aku masih belum dapat greenlight. Melainkan ada satu cara... Nak tau..??? ha....to be continued...hehehe

shooting moment

CIPTA exhibition1
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPQ9rU48f_h4josvRwgQKC54jyXQ2z48LkeNEJvQfYvgc5ubQkeOErg-cDMtE3NQM-_4Unbu2Xh1iQMVfDew7DAdUZSJjWm8Iy3Yho3VDbdrSNDDc_e9smNuUbRg4aBtW9Wuc9bhfMjnmz/s320/DSC_0288.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394578735185749666" />

CIPTA exhibition2
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUjHBOpKyIGuDnPEuXZaY4g89hTlC7RPpYnYy5GdopwPIDI1XASVlFOBmwIjF802708TS0_-cqU-xPe9XdScnwmGIYzYwih0pPisczcpQzKqkN-Z3Pj3AF0tG82VKec7o_EDWCQhCPRpxS/s320/DSC_0287.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394578468130171554" />

Abstract
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnTWx7Cbrg40WeBHf4Cj92cdf0oKWPX5F9GKGWzNN9wVPbysS-iA4vGkXUzfGIBYBRIY_RuPD3_AA51edX-alI5PP2-p6Eftv6kP5U8HRQKqvAIERgSUekBAkDWBWGRZ6qadwGYInRNiWG/s320/abstrak+cipta+09+copy.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394576618832164674" />

Poster
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy0c97IJaN3_3GgoP5I2hBQRJKj3axdP3IZfghWIHhHKGNK-v1cToszQkv9Nl6Fx2ImDVJEedf3_bcP5FC3VG_OlAeyGiIzb1X_VLMOPqbRtMrSoXHfjJbU495PS5JF64bWaDj3sgyokGU/s320/poster+cipta+09+copy.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394575140837615618" />





During my PTA's shooting (21 & 22 Feb 2009). Pembikinan Organ Donation Advertisement. So, derma lah organ demi sebuah kehidupan. Anugerah Kehidupan...hehehe...

Kenangan CIPTA (Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir) 2009

minggu yang sibuk...

hai...i have to be strong for the next 2 month...sejak awal bulan lepas lagi aku macam dah tak de life lain. kat campus je la. Sinematografi...satu bidang teknikal yg tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Sejak sekolah menengah, aku memang minat sangat bidang penyiaran tv, terutama kewartawanan. Minat aku nak jadi wartawan penyiaran ni bermula pada usia aku 14 atau 15 tahun lagi. Masa tu, aku tonton rancangan kegemaran aku Majalah 3 yang presenternya masa tu Norazlina Redzuan. Wartawan idola aku sampai sekarang. Di sebabkan Norazlina Redzuan lah (sekarang dah datin) aku begitu berminat dengan dunia wartawan dan penyiaran sehingga aku menyimpan hasrat dan cita-cita ku nak jadi wartawan penyiaran, pembaca berita or proffesional tv presenter. Bila aku dapat keputusan STPM yang agk bagus, aku memang dah set dalam kepala aku, nak sertai Mass Comm. Masa isi borang UPU, pilihan 1 hingga 5 pilihan aku adalah komunikasi berdasarkan teori. dan pilihan ke6 adalh Sinematografi, unimas, dan lain-lain bidang untuk pilihan ke7 dan 8. Sebenarnya aku tak tau pun apa Sinematografi tu. Tapi, bila aku dah tengok ada 'sinema' di pangkal perkataan tu, maka secara automatik, otak aku pun berkata, ni mesti ada kaitan ngan filem. My sis pun suruh aku letak jugak sebab dia kata ada jugak la kaitannya dengan broadcasting or mass comm. Memandangkan aku minat, so aku pun letak la. Tup tup..bila aku semak keputusan melalui SMS,'Tahniah, anda telah berjaya melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam bidang SINEMATOGRAFI. Masa tu, aku seronok sangat sebab dapat masok 'u'. mak aku yang baru saja nak pergi kedai masa tu, patah balik bila aku jerit kat dia...'Mak...aku dapat masuk 'u'..!!!UNIMAS!!' Mak aku pun apa lagi, buat la drama air matanya...aku, apatah lagi..tapi satu yang aku tak puas hati, bout course. Aku nak lain, lain pulak yang kena. Tapi, aku tak kisah sangat sebab, masih dalam broadcasting. So, aku redha je la. Sekarang aku dah berada di tahun akhir di UNIMAS. sepatutnya grad ogos ni, tapi aku terpaksa extend sebab belum cukup kam kredit. So, semester depan aku ada lgi, nak cukupkan 102 kredit. aku tak cukup 5 kredit. Next semester aku langsaikan dan konvonya bulan ogos 2010, InsyaAllah...
Now, aku busy dengan Projek Tahun Akhir..shooting dah abis, cuma follow up for editing selain daripada lengkapkan tesis. So, aku harap semua orang yang menyayangi aku, doakanlah kejayaan aku dan mampu mencapai cita-cita sebenarku...Aminnn...untuk mak, bapak akan kubalas jasa-jasa kalian walaupun sekelumit zarah sebab aku tahu aku tidak termampu menghulurkan yang sebesar dunia...hanya Allah membalas jasa pengorbanan besar kalian terhadap kami adik-beradik.

Salam ukhwah daripada Laman Iktiqaf


Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua...

jom sertai saya di LAMAN IKTIQAF...!!!