hai...i have to be strong for the next 2 month...sejak awal bulan lepas lagi aku macam dah tak de life lain. kat campus je la. Sinematografi...satu bidang teknikal yg tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Sejak sekolah menengah, aku memang minat sangat bidang penyiaran tv, terutama kewartawanan. Minat aku nak jadi wartawan penyiaran ni bermula pada usia aku 14 atau 15 tahun lagi. Masa tu, aku tonton rancangan kegemaran aku Majalah 3 yang presenternya masa tu Norazlina Redzuan. Wartawan idola aku sampai sekarang. Di sebabkan Norazlina Redzuan lah (sekarang dah datin) aku begitu berminat dengan dunia wartawan dan penyiaran sehingga aku menyimpan hasrat dan cita-cita ku nak jadi wartawan penyiaran, pembaca berita or proffesional tv presenter. Bila aku dapat keputusan STPM yang agk bagus, aku memang dah set dalam kepala aku, nak sertai Mass Comm. Masa isi borang UPU, pilihan 1 hingga 5 pilihan aku adalah komunikasi berdasarkan teori. dan pilihan ke6 adalh Sinematografi, unimas, dan lain-lain bidang untuk pilihan ke7 dan 8. Sebenarnya aku tak tau pun apa Sinematografi tu. Tapi, bila aku dah tengok ada 'sinema' di pangkal perkataan tu, maka secara automatik, otak aku pun berkata, ni mesti ada kaitan ngan filem. My sis pun suruh aku letak jugak sebab dia kata ada jugak la kaitannya dengan broadcasting or mass comm. Memandangkan aku minat, so aku pun letak la. Tup tup..bila aku semak keputusan melalui SMS,'Tahniah, anda telah berjaya melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam bidang SINEMATOGRAFI. Masa tu, aku seronok sangat sebab dapat masok 'u'. mak aku yang baru saja nak pergi kedai masa tu, patah balik bila aku jerit kat dia...'Mak...aku dapat masuk 'u'..!!!UNIMAS!!' Mak aku pun apa lagi, buat la drama air matanya...aku, apatah lagi..tapi satu yang aku tak puas hati, bout course. Aku nak lain, lain pulak yang kena. Tapi, aku tak kisah sangat sebab, masih dalam broadcasting. So, aku redha je la. Sekarang aku dah berada di tahun akhir di UNIMAS. sepatutnya grad ogos ni, tapi aku terpaksa extend sebab belum cukup kam kredit. So, semester depan aku ada lgi, nak cukupkan 102 kredit. aku tak cukup 5 kredit. Next semester aku langsaikan dan konvonya bulan ogos 2010, InsyaAllah...
Now, aku busy dengan Projek Tahun Akhir..shooting dah abis, cuma follow up for editing selain daripada lengkapkan tesis. So, aku harap semua orang yang menyayangi aku, doakanlah kejayaan aku dan mampu mencapai cita-cita sebenarku...Aminnn...untuk mak, bapak akan kubalas jasa-jasa kalian walaupun sekelumit zarah sebab aku tahu aku tidak termampu menghulurkan yang sebesar dunia...hanya Allah membalas jasa pengorbanan besar kalian terhadap kami adik-beradik.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnya...kalau lah aku x bangang sangat buat deq ja dengan tawaran UNIMAS 2008 dulu..dpt cinematography, mst aku dah master bidang (sb aku gila sangat..angan2 nk jd pengarah filem ...wakkaka) nie...gila..sakit hati..mengenangnya..skg suda 2011 loo...
ReplyDeleteassalam, boleh saya tahu selain berkerja dgn buat filem,,apakah skop kerjaya sinematografi ni ye? Boleh tak kita tukar course nanti?
ReplyDelete