Monday, March 16, 2009
Aku dan masa depan...
Agak-agaknya, aku kerja apa nanti??? soalan yang selalu berputar dan melayang dalam kepala otakku. Sudah pasti soalan itu juga berlegar dalam kepala setiap manusia normal. Bukan aku saja. Semakin usiaku meningkat, semakin itulah dadaku sesak memikirkan soal masa depan. Bukan kerana tidak sanggup menempuhnya, tetapi persoalan apakah mampu untuk aku menggapai cita-citaku. Mak aku pun dok risau je. Dia sendiri pun terfikir, takut pulak aku ni tak dapat kerja tetap. Aku tanya dia balik, Kenapa pulak? then, dia jawab...'ye la, belajar kat universiti course macam tak serupa orang. Lain sangat. Memang, dalam 10 orang adik-beradik aku, memang aku sorang la yang minat broadcasting or arts. Ada la sorang abg aku, dia minat muzik tapi tak la jadi orang muzik or orang seni. Jadi cikgu muzik. Itu pun yang dulu punya, sekarang cikgu BM and Math. Kakak aku pulak suka nyanyi, tapi nyanyi suka-suka je la, ada event dia involve. Bila dia kata nak try masuk AF mak aku tak izinkan. Mak aku tak suka nak dia kerja yang seolah-olah kejar glamer. Kalau glamer dalam bidang profesional takpe jugak. Sebab tu la aku nak belajar jadi orang tv yang profesional, bukan sebab nak glamer. Cuma satu yang mak aku masih susah nak terima. Bila aku kata, aku nak kerja luar dari Sarawak means aku nak merantau le...mak aku diam je. Sampai sekarang aku masih belum dapat greenlight. Melainkan ada satu cara... Nak tau..??? ha....to be continued...hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment